Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Selasa, 25 Februari 2014
Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200 000 Daripada David Teo
Salam semua,

Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo
SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.
Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.
"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.
"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.
Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.
Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.
Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.
Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.
Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.
Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.
"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.
Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.
"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya,” katanya. [Mstar Online]
Jumat, 27 Desember 2013
Walaupun tekanan 10 000 Orang Hadir Himpunan Rakyat Melaka
Blog mutaligat.blogspot.com
Ketua Menteri Melaka gembira kerana hanya 100 orang sahaja yang hadir pada program Himpunan Kebangkita Rakyat peringkat negeri Melaka di perkarangan Pejabat DAP, Lorong Pandan malam tadi.
Walaupun tekanan demi tekanan dikenakan kepada PR untuk menganjurkan program namun ianya dilihat amat berjaya.
Dianggarkan kira-kira 10,000 orang hadir dan ia merupakan suatu angka yang besar bagi sebuah negeri kecil seperti Melaka.
Tempat program terpaksa ditukar sebanyak 2 kali kerana tuan tanah diugut dan tidak berani untuk membenarkan tanah mereka digunakan untuk program ini. Akhirnya terpaksa jalan di hadapan Pejabat DAP digunakan sebagai venue untuk program ini.



Buktinya lihat gambar ini.
Gambar ihsan sahabat FB




-selatanonline-
Rabu, 25 Desember 2013
Sanggup Bayar USD10 000 Untuk Diseludup

KUALA LUMPUR – Rakyat asing terutama dari negara yang berhadapan krisis ketidakstabilan politik dan ekonomi sanggup membayar sehingga AS$10,000 bagi setiap perjalanan untuk diseludup ke negara destinasi.
Itu yang didedahkan pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.
Kos antara AS$5,000 hingga AS$10,000 yang dibayar itu adalah untuk perjalanan mereka yang datang dari negara seperti Afghanistan, Pakistan, China dan Bangladesh menggunakan laluan air untuk ke negara destinasi iaitu Australia dan Kanada.
Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah APMM Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kebanyakan mereka memang dengan rela membenarkan diri mereka diseludup oleh sindiket ke negara lain dengan tujuan mendapatkan kehidupan lebih baik, selesa dan mewah berbanding negara asal.
“Kos yang tinggi itu dikenakan memandangkan perjalanan haram mereka ini jauh dan sukar serta melibatkan beberapa kali transit sebelum tiba di negara destinasi seperti Australia dan Kanada,” katanya.
Beliau berkata bagi perjalanan ke Kanada mereka menjadikan sama ada Malaysia atau Thailand sebagai transit manakala untuk perjalanan ke Christmas Island, Australia biasanya Malaysia atau Indonesia akan dijadikan sebagai transit.
“Bagaimanapun sekiranya mereka diseludup terus dari negara asal ke negara transit kosnya mungkin lebih murah. Begitu juga dengan warga Rohingya atau Indonesia yang diseludup masuk ke negara (Malaysia) hanya memerlukan sekitar RM500 hingga RM1,000,” katanya.
Zulkifili berkata berdasarkan soal siasat secara rawak dan perkongsian maklumat dengan Australian Border Protection Command (ACBPS) dalam kerjasama operasi membanteras pemerdagangan orang, tiga daripada 10 pendatang asing yang ditahan menyatakan mereka datang ke Australia melalui Malaysia dan Indonesia mengikut jalan darat, laut dan udara.
“Sindiket ini juga dilihat menggunakan kelebihan visa semasa ketibaan (VOA) dan Pas Lawatan Sosial bagi kemudahan kemasukan warga asing melalui pintu masuk yang sah yang hanya memerlukan passport dari negara asing untuk membolehkan seseorang berada di Malaysia dari tempoh 15 hingga 90 hari,” katanya.
Beliau berkata dalam menjalankan aktiviti penyeludupan manusia, kebiasaannya sindiket akan menggunakan bot fiber dilengkapi tiga enjin dengan kelajuan 30 hingga 35 knot dan ada juga yang menggunakan bekas bot nelayan yang telah diubah suai.
Zulkifili berkata kebiasaannya mereka yang diseludup akan ditempatkan di negara transit sehingga 90 hari untuk tujuan dokumentasi atau menguruskan perolehan status pelarian bagi memudahkan mereka dibawa masuk ke negara destinasi.
“Sepanjang tempoh itu mereka ini akan berada di negara transit dan tidak bekerja bagi mengelakkan dikesan atau ditangkap malah ada yang ditempatkan di kawasan yang sukar dijejaki pihak berkuasa.
Dalam kejayaan operasi terbaru APMM, dua pasangan suami isteri rakyat Afghanistan dan tiga kanak-kanak yang cuba diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia dengan menggunakan bot pancung diberkas di perairan Kuala Sepang Kecil Selangor.
Berdasarkan statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) sejak 2011, sebanyak 106 kes penyeludupan migran direkod dengan 28 kes daripadanya disiasat oleh APMM iaitu masing-masing lima kes pada 2011, 15 kes tahun lepas dan lapan kes sehingga Oktober tahun ini.
MAPO turut merekodkan 680 kes pemerdagangan orang yang telah disiasat agensi penguatkuasa dari 2008 hingga Oktober tahun ini dengan tujuh daripadanya disiasat oleh APMM iaitu enam kes pada 2010 dan satu kes pada 2011. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)