Tampilkan postingan dengan label semakin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semakin. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 Desember 2013

MAK NYAH SEMAKIN BERANI


Gambar ini diambil daripada seorang rakan di facebook.. nampaknya maknyah di Malaysia semakin berani..
Inilah yang dikatakan Kemerdekaan yang disalah erti. Mahkamah sivil lawan mahkamah syariah.

Mereka menantang atas dasar hak asasi manusia dan hak kebebasan iaitu kebebasan memilih di bawah perlembagaan Malaysia.

"My body my right"..adakah body mereka itu hak mutlak mereka? Sungguh berani mereka ini... Mereka x sedarkah, yang ia adalah pinjaman dari Allah semata-mata dan Allah melaknat orang yang menukar apa yang telah ditetapka oleh Nya..

Antara kecelaruan dan kekeliruan

Mereka ini tidak boleh dicaci dan dihina...Mereka adalah saudara seakidah kita yang perlu dibantu untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.. Aminn
Read More..

Minggu, 15 Desember 2013

Pesakit buah pinggang semakin bertambah


ISNIN, 7 MEI 2012




KUALA BELAIT - Seramai 1,356 pesakit buah pinggang tahap satu, dua dan tiga serta tahap awal peringkat empat di negara ini, telah dirujuk kepada doktor Renal, dan daripada jumlah itu seramai 150 pesakit sudah di peringkat akhir tahap empat dan tahap lima.

Apabila pesakit sudah sampai ke tahap empat dan lima, peluang untuk buah pinggang sembuh adalah rendah, bilamana pesakit telah mengalami kegagalan buah pinggang iaitu bila fungsi buah pinggang menurun kepada kurang daripada 10 peratus dan terdapat tanda-tanda, maka rawatan yang dapat diberikan hanyalah Terapi Penggantian Renal.

Pengarah Perkhidmatan Hospital Kementerian Kesihatan Dr Hajah Lailawati binti Haji Jumat, menyatakan jumlah pesakit yang sedang menjalani terapi penggantian buah pinggang di negara ini telah meningkat daripada seramai 524 pada tahun lalu kepada seramai 585 pada bulan Mac tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 34 orang telah menjalani pembedahan buah pinggang dan yang selebihnya menjalani rawatan dialisis, manakala seramai 491 orang rawatan hemodialisis dan 60 orang rawatan peritonil dialisis.

Dr Hajah Lailawati yang berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 Daerah Belait hari ini juga berkata, tema sambutan tahun ini, "Derma Buah Pinggang Untuk Kehidupan" adalah sebagai mesej bahawa menderma buah pinggang kepada pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang akan dapat memperbaiki kualiti kehidupan dan meningkatkan jangka hayat pesakit tersebut.

Menurutnya lagi ia juga memberikan kesedaran bahawa apabila seseorang telah mencapai tahap kegagalan buah pinggang, mereka akan melalui banyak cabaran kehidupan dari segi fizikal dan emosi, selain memerlukan pengorbanan dari keluarga dan yang paling besar ialah bila ada ahli keluarga yang sanggup menderma buah pinggang mereka untuk memperbaiki kehidupan orang yang mereka sayangi.

"Bagaimanapun tidak semua pesakit boleh menjalani rawatan pemindahan buah pinggang dan tidak mudah untuk mendapat penderma buah pinggang serta buah pinggang yang bersesuaian atau serasi.

"Setakat ini pesakit-pesakit bagi pembedahan pemindahan buah pinggang terpaksa di hantar ke luar negara bagi pembedahan seperti ke Singapura dan Malaysia, bagaimanapun usaha-usaha sedang diambil untuk menyediakan perkhidmatan itu di negara ini di masa akan datang apabila sudah mempunyai tenaga kepakaran yang mahir di bidang itu serta kemudahan yang diperlukan," ujarnya.

Majlis yang diadakan di Hospital Suri Seri Begawan itu merupakan kesinambungan daripada majlis sambutan yang diadakan terdahulu di Hotel Rizqun International Gadong, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit buah pinggang dan persediaan-persediaan dalam menangani penyakit tersebut.
Read More..